- - Fotopages.com
Hi there
Duk kg, mmg tak kurus la aku. Baru 2 kg je aku susut dr berat asal b4 preggy dulu.aku target lagi 3-5 kg heheh...tak pe, Insya Allah bf baby nnt, berat leh turun lagi. Hari2 aku sebat durian. Apa? Korang terperanjat ke? Bagus gak tau makan dian ni, leh panaskan badan. Tapi sila berjaga2 untuk perut anak ye... kenapa la musim buah hebat sangat time aku bersalin ni... tapi aku curi2 makan gak rambutan ngan manggis...buah longan lagik... kalau sakit2 badan, salah aku la tu...
Ok la, aku duk kg about 3 wks. Bestnya ada org jaga. Tapi ari2 rindu kat laki. aku kan alergy kalau jauh ngan laki.... mmg sokmo la urat2 kepala aku tegang. Tapi ada orang yang seronok gila dok kg. Sapa lagi kalau tak si ensem ku ittew. ari2 jadual padat mengalahkan tok ketua kg.
Eidil ngan Pak Wo (atuk dia) dah macam magnet...mana pi, dia mesti ada. Dia dok menakal kat depan pc ayah pun, leh putih tapak kaki berlari jerit nama pak wo sebab dok dengar bunyi tongkat motor... Caya tu???Every mng dia duk bertenggek kat bakul motor ayah aku pi beli breakfast then, p pungut dian...tgh ari pi pekan, pi kedai, bla bla bla... petang pi cari lembu. bestnya jadi eidil. dia jadi perhatian dan kesayangan dalam tempoh tu. eidil cuma perlu sebut je nak apa, nak p mana... semua dipenuhi. geram je aku...dan satu2 hajatnya nak naik bas pun tercapai. 2x tau. cerita naik bas tu, sampai sekarang dia takkan berhenti cerita.
"Ibu, eidil naik bas.... bas tu longggggg...bunyik dia wronggggggggg....laaajuuuuu"
aku rasa eidil dah besar. aku penah nangis satu ari tu, dia datang n peluk aku.... dia pujuk aku macam ni:
"Ibu, jangan la nangis, eidil ada.... dah dah..."
aku rasa terharu sangat. aku lagi la sedih. lihat je aku terus macam tu, dia pun sama2 nangis sambil panggil2 ayahnya. mmg eidil dah besar. now dah pandai bawa diri.
eilmi pula macam biasa, most of the time tdo je...malam pun ok la.alhamdulillah so far dah lama tul x kena berjaga lebih dari kul 12 malam...dia faham ibu n ayah penat. rupanya sekarang ni 1st jap masa baby 1 month dah ditiadakan. tapi optional la. masa bawa eilmi ke doc ari tu dia bg option. nak inject leh , x nak pun leh. tapi bukan la alasan apa pun. kem kesihatan tak nak susahkan ibu2 yang dalam pantang ke klinik/hosp. so masa 2nd month kena 2 jab la. tapi since 1st jap ni tak demam, aku suruh je doc inject.apa rahsia tdo lena di tengah malam walaupun makan menda2 yg leh menyebabkan anak kembung? pas mandi petang, gue kasi itu colic drop cap dentinox. sangat berkesan. nnt dia pooot macam bunyik motorsikal, then tdo lena.... LOL
ucapan selamat pengantin baru to marina (my SIL's youngest sister) n suami nya Izmir Walid.Moga bahagia dunia akhirat
Rancangan Tergendala
Rupanya berpantang sendiri ni tak mudah seperti yang disangka ye. Maklumlah, permaisuri bangunpun dah rembang matahari, kul 9 lebih.... liat la wei nak bangun p keje sok... Bangun2 je dah kena urus Eilmi dulu. Begitu begini, last2 kul 1 baru start masak... Huh bab masak ni... Mmg ari2 dalam dilema. Badan tak de la berapa nak kuat sangat kan. Tapi dah gitu perjanjian dalam hati.... duk pantang sendiri semua kena urus sendiri kan... Nak masak utrk diri sendiri tentu lepas je... tapi kang, anak n laki den balik, nak makan apa. takkan nak suap ari2 ngan ikan goreng n sup sawi... kang sehari dua boleh la dia kata tak kisah... masuk seminggu, sebulan dan seterusnya?  LOL Sampai MIL aku cakap, tulah, tak nak balik sini, kalau tak, boleh makan sedap2, rehat banyak2... heheheh... Org tua kata, dalam pantang jangan berdiri banyak2 sebab urat tgh nak elok, sok2 tua sakit bisa2 urat, urat timbul, segala2 la... tapi, cuba citer ngan aku... dah duk sendiri, kalau tak masak, sapa nak masak? kalau nak basuh baju, bila baju nak kering... Aku ni sangat la sayangkan matahari tahu x. Bila time panas cecepat aku kejar nak sidai baju. sebab duk apartment ni, kan susah nak keringkan baju, seb baik umah aku ground floor... Pas tu kalau tak menyapu, tak mengemas, apa kan daya umah ku itu. Tapi, bagus gak, kengkadang Zul lik keje ada gak dia nolong2 serba sket kan, wlp baliknya dah malam buta. Tapi jangan risau mak cik2... aku tetap pk kan badan aku nak pakai lama, kalau ada umo. aku jaga sungguh2 punya,
Eidil lak, mmg kena hantar umah bbstr la. Kalau tak, aku rasa, harus umah ni ribut taufan. Petang kul 5, akak jaga dia tu hantar... Boring tau tak de mamat tu kat umah. Tapi kalau ada, kesian gak, kompom aku pengsan, dia lunyai kena cubit n Eilmi menerit2 bagai tarzan... Tapi skrg ni, mmg dia tak yah cakap la. Petang ajak balik, dia leh menjerit2 "tak nak balik umah ibu!!!!".. Ni kompom dah kena gegula memacam ni. Lagipun kat umah bbstr tu dia sorang je buah hati pengarang jantung gunung meletup makcik n babah dia... Apa nak semua dapat. Nak gi mana semua turuti.... Kengkadang tu, dah sampai umah, dia leh meronta2 nak pi main keluar ngan anak2 akak tu or nak pi mandi kolam ngan diorang... Huh, stress aku.
Eidil skrg ni, mmg apa yg dia nampak dia record dalam pala dia. kat taman ari tu ada bebudak main keta kontrol. Dia relax je... Tapi dalam hati aku leh baca apa dia pk. dia duk mengendeng tepi bangku tu... Malam tu tengah makan, dia leh suarakan hasrat hatinya.... "Ibu, nanti ibu belikan Eidil control car ye.... " Dsssuuuuupppp terus masuk lam tinga aku. Aku dah agak dahhhhhhh!!!! Padahal, baru 3 minggu lepas abang ipar aku hadiahkan dia control car tu.... geramnya akuuuuu!!! Dia suka main order je... bila dah beli, suka ati dia je jahanamkan benda2 tu. Aku pun tak reti nak pujuk dia macam mana. KOrang tahu je la, bila dia dah nak tu.... Tapi bila nengok dia merayu tu... aduh aku pun cair...ngan muka comel dia.... Tapi aku tak layan, ayahnya la yg pi godam sarang mainan dia dan jumpa remote car tu. seb baik leh jalan lagi... tapi aku tak tunjuk kat dia lagi... saja dengki kat anak sendiri...
Eilmi dah masuk 24 hari... Ni lagi sorang ni... Siang punya la tdo sepuas rasa. Betul kot org tua kata, dia akan jaga time dia lahir tu... Maknanya dia akan jaga start kul 11 sampai kul 2 pagi... huhuhu... aku layankan aja walaupun aku hangin gak kekejap nak susu... yang migrainnya ayah dia la... heheheh... kena jaga anak lagi, nak p keje lagi... Tapi, bagusnya, pas tu, dia pun sama2 bangun ngan aku kul 9 lebih tu...hahahahha... Budak Eilmi yang cinonet tu!!!
Note: ntah bila kamera aku nak siap... Ni semua gambar Eilmi je. Sebab guna hp... Cian Eidil... Time dia dah balik, tepon dah tak kat tangan... LOL Tak pe... pas ni kamera siap, aku amik gambo smapai lebam tau...
Alhamdulillah, Welcome On Board Eilmi Zikriy
Doc Fatimah: Wardah, dah 38 weeks, tak rasa sakit-sakit lagi ke?
Me: Tak de lagi la doctor. Cuma sakit belakang je la minggu ni
Doc Fatimah: Come, kita check dulu, mana tahu dah buka ke belum laluan....
After a while...
Doc Fatimah: Hah, ni dah buka 2 to 3 cm ni??? Dah nak bersalin ni...
Me: (Panic... Aku maghi serah diri ke ni)
Nurse sent me to labour room, nak buat ctg. Oh no, i'm not prepared...
Nurse: Tu ada contraction kat report, puan. As doc said, admit kalau ada detect contraction.
Me: (Alamak, aku nak lom dapat makan Jco Donut ni)
Nurse datang sekali lagi nak pump poo poo...
Me: Kejap lagi boleh tak? Saya lom makan tgh hari lagi la... (Makan beb, aku kelaparan)
Nurse: Ok, makan dulu, nanti saya dtg balik
--->Lari naik ke ward... tak sanggup aku berada dalam labour room tu.
@ 8.15pm nurse datang nak tolak ke labour room balik. Sempat lagi suap Eidil makan malam.
@ 8.45 pm doc dah dtg nak pecahkan waterbag. Tapi dia tanya whether nak solat dulu... Yeah, dapat gak aku dirikan solat isyak dan solat taubat n solat hajat. Selesai tu, aku lari sekali lagi naik tangga ke ward sebab nak pi kiss good bye kat eidil. Kak Ngah bawa Eidil balik malam tu... Turun balik ke tingkat bawah ke labour room dan dengar doc jerit...
"Lajunya jalannnnn...."
@9.05 pm water bag dipecahkan. Masa tu dah 5cm.Alhamdulillah that time mmg tak de rasa apa2 contraction sangat. Just sakit pinggang. Tapi, selesai je pecah, sakit sebenarpun datang...
@10.50pm....
Doc. Fatimah: Assalamualaikum baby...
Me: Alhamdulillah Ya Allahhhhhh.....
Lahir lagi seorang Hamba Allah ke muka bumi ini. Alhamdulillah.
Welcome Our @nd Lil Boy
Eilmi Zikriy Bin Zuladhha
3.20kg- 10.50pm-Hospital Pakar An Nur Hasanah, BB Bangi
Tq suami tersayang kerana support dan kasih sayangmu. Tq semua atas doa kalian.
Note: This time mmg we all tak sempat apapun. Camerapun tak bawa sebab mmg x sangka pun nak bersalin. So gunalah camera hp memasing sebagai perakam bahan bukti.
Kalau dah kaki jalan....
*masa bersiap nak kuar umah pi mengkayakan tokey IKEA
Weekend ni kami spend masa kat umah Bukit Serdang je. Tapi kan, mana leh nak layankan rentak tak ber xtvt di rumah saja kan...So...Welcoming new baby born, Eidil's kazen *belum bernama lagi pada Jumaat, 23 Mei 2008 @ Ampang Puteri... Tahun ni mak dapat 3 cucu tau....Nantilah saya upload gambar lain kali sebab masa tu keadaan x mengizinkan nak ambil gambar... Kak Suzy pun masa tu baru je kuar OT. Tapi, alhamdulillah, semua nya sihat...
Saya masuk 38 wks esok. Wah, pagi tadi, baby buat false alarm... kejang je pinggang dan perut saya... lain macam je rasa cam nak beranak. Bilalah masanya akan tiba ye. Buat semua yang membaca, saya mengharapkan doa dari kalian moga dipermudahkan saat saya melahirkan baby 'E', diringankan segala ujian dan dugaan serta kesakitan saat itu dan moga semuanya selamat dan berjalan lancar. Saya juga ambil kesempatan di sini, mohon ampun dan maaf sekiranya selama ini saya melakukan sesuatu yang tidak disenangi, sama ada perkataan atau perbuatan, malah jika terlintas dihati sekalipun, ampunkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum atau hutang piutang saya. Saya harap, dengan ini, Allah akan permudahkan saya dunia dan akhirat.
Sabtu, pagi, we all jenguk baby Min plak kat HUKM. Welcome to the world Putera Alif. Huhuhu, mengharapkan gambar dari sang bapak sebab kamera out of batery.
Ahad pagi.... Kami ke sini.... Mak-mak sekelian, if pas ni ada plan nak berhoyey2 di taman bukit jalil ni, sila koling2 saya ye.... Sangat la seronok Eidil melayan kura2 yang sangat banyak. Saya je la yang tak larat nak layan satu taman sebab badan dah teramat berat.
Balik umah tengah hari tu, cepat-cepat bersiap ke umah kawen kazen my hbn.... Heheheh...Eidil la yg plg suka pi "bunga tantin" dan kompang semua tu....
*Rasanya this week mmg full sangat xtvt yang tak senarai kat atas...Macam dulu, saya akan memenuhkan masa yang ada ni b4 malatops dengan semua benda yang saya suka buat, makan semua menda yang bakal tak leh makan, pegi semua tempat yang saya suka pegi...huhuhu...
* http://www.youtube.com/watch?v=tKpH87xjjGc
Mom's Day Special
Saya dah start membanting tulang balik... pagi-petang buat keje dalam meeting room. Seb baik "buat keje" bukan meeting cakap mulut je... Nampak gaya, sampai bersalin sok, mmg timing kat opis nih terisi dengan menda2 melibatkan keje je... Jeles sebab dah lama tak rayau fp kengkawan. Silap² sampai saat nak bersalin nnt pun duk dalam meeting room lagi... huhuhu...
Smlm, sempat update. Semua ni lama dah siapkan, cuma tak de masa terluang je nak upload. Tahu sangat dah, saya ni orang gomen yg sangat rajin bekerja. hahahah... Tapi still tak de peluang nak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang... Oh ya, congrat Kak Liza MOF sebab dapat APC this year, rezeki Mom's Day tu...
*Biasalah, masa tu zaman remaja... Suka memberontak, marah2, sampai koyak2 gambar mak... jahat n berdosa sangat...
*celebrate Mom's Day @ secret recipe n dataran masjid putrajaya... tq to all Valentino's Gang... Min, Onie, Nani, Wan, Kia, Norli... Geng² JB nnt kita celebrate len kali ye.
wajah ibu-ibu...Noli, ko datang lambat beno... gambo tak de la ye
kek utk mak2...sampai nama2 terkeluar habis...
Berakit ke Muar|Berendam di Kolam Renang
Tak de menda sangat nak citer pun. Lagipun, skrg keje tak de la sebizi ari tu...sementara nak nunggu perhimpunan hari pekerja ni. we all pun tak leh nak proceed keje yang kami bermati2an dari satu negeri ke satu negeri, dari pagi sampai ke malam, sebab Pak Lah penentu segala... tok sah tanya tentukan apa... sebab ini RAHSIA KERAJAAN...Hahahahah...
Ini kesah berlaku masa we all kat kg. Seperti yang pernah saya bg tahu sblm ni. Eidil vs barber= kiamat.... huhuhu... saya ngan zul mmg dah tak kuasa dah nak layan, sebab, hari yang tenang akan tukar jd ribut taufan, tsunami, gunung berapi semua nya la... sehinggalah dia jadi gini.... heheheh....
yang bagusnya. Pak wo (my dad) berjaya pujuk thid young man pi gunting rambut n bribe dia ngan seketul helikopter... mmg ah dia nangis, tp ayah kata, tak de la nangis kuat... dapat la dia helikopter kesayangannya tu, tp ada sket2 lagi bahagian rambut yang tak alter bebetul. Hari2 Eidil kat kg, adalah hari dia menyibukkkan diri. Jaaaarang ada kat umah. Pi ikut awo amik lembu la, pi nengok kambing la, pi kedai la, pi umah org kawen la... semuanya awo... ibu n ayah, bo layannnnnn... tp petang ahad tu dia ilang. puas tunggu mana la pi dua bercucu ni. senja kemudian baru dia balik, dengan bunyi2 aneh satu umah... hah? helikopter lagi??? perghhh... rupanya awo bawa dia pi alter rambut smlm yang tak sudah tu... amboi2 mamat sorang ni. kalau 10x ajak pi gunting rambut, nampak gaya, penuh lagi la raga menan dia tu dek helikopter... tp serius saya cakap, saya mmg serik tiap kali bawa Eidil g gunting rambut tau...
Minggu ni, Abid n family datang. kesian kat bebudak tu. Since balik sini pindah dr Kuching, lom ada masa jejak kaki kat pondok kecik we all ni. Sasaran utama adalah kolam.... Honestly, wlp umah depan swimming pool je, ntah berapa bulan dah tak pi membasahkan diri ke sana... of coz Eidil pun terbabit sama, sebab mak ayah dia ni bizi sokmo... Bila dayang² datang, baru la dia ada kesempatan nak pakai swimming suit dia tu, otherwise... hahahahah... lu pikir la sendiri bak kata Nabil.
Semak la sawang-sawang ni...layannnnn
Lama tak berjumpa kan? Bz sangat la skrg ni. Dari pagi sampai la kat kul 7 kang. Pas tu cepat2 lari balik, sebab nak amik si tembam kat umah bbsitter.
Alhamdulillah, saya dah masuk 31 wks... Seorang demi seorang rakan seperjuangan bersalin dalam masa 2 minggu ni... Saya n baby, ok. Cuma bulan ni selalu sangat bleeding n kena infection. Hopefully semuanya ok.
Berapa bulan dah....
Masuk citer sal Eidil. Sekarang ni Eidil tengah suffer ngan measel… Demam dari Rabu last week…. 3 hari flat. Ini kali kedua dia kena campak pas http://akalej6.fotopages.com/?entry=787757&back=http://akalej6.fotopages.com/?page=5 (1st time masa umo 5 bulan). Ada family member yang nasihatkan suh p beli sabun daun semambu utk dibuat mandi. Pergi la saya n Zul heret Eidil yang demam² tu ke kedai India kat Kajang tu… ala lupa la nama kedai ubat tu. Tapi, dia nyer haaaaarummmm, tak bley citer. Boleh migraine dibuatnya tau. Puas la cari daun tu ditengah2 kota ni… kalau tak, leh dibuat mandi utk support ubat2 moden yang ada… Tanya aci cleaner pun dia tak jumpa sebab katanya itu DBKL sudah kasi potong banyak pokok semambu….
demam
Kali ni, campak Eidil kuar sangatla tebalnya….saya yang nengokpun tak sampai ati. Harus la yang menanggungnya tu miang tahap dewanya. Berjegil matalah kami suami isteri dok melayan Eidil yang dok merengek bbrp malam sebab dek gatal tu….
measles
Lama tak ambik gambar Eidil. Ntah la malas sungguh n kalau ada apa2 event pun, saya mmg jarang kuarkan camera. Harapkan cilok dr kengkawan je la ye...heehehe...  Yang bawah ni semua gambo lama sepanjang bulan Mac ari tu huhuhu... ke ada yang sblm tu lagi ek hehehe...
Roti canai
*mamat ni kalau tanya nak makan apa pepagi, harus ini la yang dia minta. Tak pun pizza... Apa? Pizza hut? Tak.... Pizza yang dia maksudkan tu, lempeng.... lempeng mak limah.... cicah gula.
Jalan-jalan
*Puas ati kan kalau dapat berjalan² sana sini..heheheh... boleh panas bontot tau if dok memerap 1 hari dalam umah.
tdo
*macam ni la gayanya kalau dah terlalu penat. Cuba nengok mata dia tak tutup rapat. Org tua kata, tanda budak nakal... huhuhu....
Study ngan Hazim
*Nampak elok je kan... siaplah kalau dibiarkan berdua. Dari kecik sampai la ni, Hazim sokmo jadi mangsa Eidil. Madangkan melalak je budak tu dibuatnya.
kek lilin
*kenapa ada gambar ni? sebab satu ari tu saya beli kek mabel ni.... sampai umah, Eidil dah mengamuk. Bukan ngamuk sikit², rasanya sampai nangis sedu² la. Adoi la, mati hakal dibuatnya. Dia jerit² macam ni....
"Ibu....Eidil nak luluuuunnnn...nak luulunnnnn"
Saya yang tengah hangin, apa lagi, tanya la dia...
"Lulun tu apa??? Ibu tak paham!!!!!!"
Dia sambung nangis....
"Nak lulunnnnn... epi derdeeeeeyyyyyyy!!!!"
Saya mmg dah naik sawan dah time tu, suruh dia tunjuk menatang apa la lulunnnn tu.... Eidil pi masuk stor, dia tunjuk kotak... Adoi. Mmg darah dah menyirap dah masa tu... Apakah menatang nya lulunnnn ittewww wahai anak ku..... Saya buka kotak satu demi satu, semua digelengnya. (hehehe...barang² umah masih banyak dalam kotak ye, tuan² dan puan²)... Sekali tu, bukak la houseware nyer compartment.... Dia leh jerit² suka...
"Tu...lulunnnnnnn!!!!!"
Eidil @ 28 mos
Note: Ni terrorist tau... dia kena kat umah
Eidil Wafriy hari ni dah masuk 28 bulan ( 2 tahun 4 bulan). Lagak dia kadang- kadang macam org dah besar, tapi kadang-kadang macam baby2 kecik. Suka kejut dia dari tdo. Mmg jarang la dia nak mengamuk ke apa…  Dia celik2 mata je dia dah sengih… Tapi kalau time dia tak cukup tdo ke apa, dia akan marah aku… “Ibu pigi la… Eidil ngantuk…nak tdo…..”
Untuk umo ke 28 bulan ni, nak citer sket menatang2 yang sangat similar dengan anak bujang ku ini. Last entry pasal dia mmg pencinta Thomas & Friends kan…
Eidil’s Characters…
#1- TURTLE
Ibu- “Ini siapa? Eidil Wafriy ke?”
Eidil- “Tak, ini turtle….”
Aku pun tak tahu kenapa dia suka mengaku yang dia tu turtle. Bila nak tdo, dia suka suruh letak bantal kat belakang dia, ”Ibu, nak tdo macam turtle....”
Kalau aku tengah masak, mesti dia datang kat aku dan cakap macam ni...
”Ibu macak eeeee... Turtle lapar... Nanti turtle makan....”
#2 Fireman Sam
Eidil mmg kipas susah mati kat apa je yang berkaitan ngan BOMBA. Kalau nengok tv, ada  fire, mesti dia buat citer...
”Ieeee ada api.... nnt fire cem datang.... naik bomba.... neeenoooneeenoooo.... ”
Eidil leh naik gila kalau dia nampak apa je toy yang berbentuk ”BOMBA”....  Dia amik toys2 dia yang ada tu, terus campak dalam tong sampah. Dan dengan selamber dia kata ”Bomba Eidil dah rocak. Dah kotor.... Nanti ayah beli baru. Lagi becar”. Kat dalam bakul dia tu, rasanya sama ada bomba atau tractor je la yang penuh.... Lagi la kalau lalu depan balai bomba ke, atau fire engine tu lalu depan dia ke... Mmg dia mati akal la... (Please note that Eidil nyer respond = diam, kening bertaut, sunyi sepi.... dah tak de menda2 tu, baru dia jerit2 dan citer 200x)
#Tractor
Huh yang bab ni lak, ibu la yang mati akal. Pegi masuk bilik, dapur, living hall, semua tempat, mesti ada je binatang ni. Serabut tul. Yang part plg best, tiap kali pas mandi, hanya baju tractor je yang dia nak pakai… Boleh gitu??? Pujuk la macam mana pun, bila dia kata dia nak pakai baju tractor, sampai terkeluar anak tekak la dia akan menjerit n nangis if permintaan tak dipenuhi. Sampai kan u olssssss.... Underwear pun nak tractor... aku pun cam menyesal dok belikan underwear tractor tu 3 pcs je sebab tak dan nak kering, dia mintak nak tu gak.... mana mak tak hangin. Aku terasa nak pi cari baju tractor tu kat pasar malam, $10 selonggok tau.... Lagi satu, time nak makan. Kasi la pinggan apapun kat dia. Harus dia jeritkan pinggan Bob dia. Warghhhhh...kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi....
Kadang-kadang, bila get influence ngan benda2 ni, susahkan diri kita gak kan... sebab, anak ku Eidil ni, kalau dia nak A, A jugalah yang dia kena dapat. Kalau nak Z, Z jugalah yang dia nak... Habih cano. Time tu la ketam menjalar kat paha... Hangin kus-kus bertiup kencang.... Tapi, kengkadang, semua tu yang buat aku gelak balik sorang2... anak aku ni, mmg ikut perangai aku agaknya. Kepala batu... hahahaha.... No compromise.
Ada sesiapa tahu macam mana nak betulkan pelat Eidil? Dia susah tul nak pronounce ”S”... Mesti akan jadi cucu, catu, macak, acam…. Semua nya la….  Kenapa jadik gitu ye…
Hello you....
Selang seminggunya pulak, yes, ari ni Ayah balik dr out station. Dia touch downpun dah tengah hari. So Eidil n me p fetch Ayah kat ERL Putrajaya. Huh, lama sungguh2 tak drive ikut jalan lama ke Presint 9 tu. Hampir² je terlepas exit ke P9 tu. Eidil, macam biasa la... "Ibu drive car, Eidil duduk elok² kat belakang ye..."
Pi beli hadiah kat Alamanda, and terus ke umah Nury. Tahu x, susahnya la kalau my driver ni tak de... haruslah aku patah kaki tak ke mana. Dan we all sampai je, dah agak ramai gak guest Nury petang tu. Mai dah senyum² menyambut kedatangan kami. Boleh ke Mai kata, "Jom kita laga perut..." Lawak la ko Mai.
Nury mana, Balqis mana? Huh. Aku kalau dah reramai tu, mmg tak de la nak nampak orang. So cium² pipi kengkawan, laga² apa yang patut... Lama sungguh tak jumpa memasing. Boleh ke, mata aku sebuk cari makanan...hahah tak malu kan??? Sebabnya aku terlalu lapar tau... Dah la mata nak terkeluar nengok cake atas meja tu... aduhhhh...
Satu yang aku suka party ni, kaler merah hitam nya. Semangggattttt!!! Nury mmg la sangat kuat semangat n super powerrrr (hik hik hik, macam iklan kopi plak). Sebab kalau aku ni, awal² la aku dah surrender nak wat birthday bash macam ni... Misti aku tak bangun 7 hari 7 malam kepenatan... Tapi, Nury and Mus mmg la gigihnya.. hahaha....
Hah, bab2 nyanyi besday song ni anak aku la paling suka. Dia suka perasan, orang akan nyanyikan lagu tu utk dia. Tapi muka dia, macam biasa la... Masammmm je... Padahal dia suka. Tengok ah nnt dalam keta misti dia citer memacam... That time baru nampak Balqis... alalalalaal....comey je...
Dalam Zul ngan hubby Mas sebok berborak, aku dah menyelinap lam umah cari makan... uhhh lauk pauknya... best la pulakkkk.... Sorry dear, jalan dulu ye...haahahaha... Cepat je petang tu berlalu. Macam biasa, Eidil dah bunyikan siren. "Ibu, ayah, jom balik...." Hahaha anak ku ittew... Mintak maaf u ols... Gtg la...
Dalam my cam mmg sekeping pun tak de gambo pengantin... Tu la bahananya kalau dah ter bz ngan mak² budak n gosip2 tambahan...hahahah... Apapun Balqis, epi besday to you.... Moga panjang umo, murah rezeki dan semua yang terbaik la utk Balqis ye.
Panas+baju merah= muka pun merah
congrat anak ibu. cukup seminggu Eidil diapers free...Yeehaaa..Kecuali time tdo n jalan je la. Selain dari tu, mmg 24 hrs la kena tanya dia nak wie wie tak.. nak ork ork x... Dan dengan jayanya ayah n ibu grad jadi pengelap lantai yang berjaya sebab atleast sekali la Eidil akan berbasahan di mana² yang disukai nya. Tak pe la sayang, ini permulaan... Kadang² tengah² tdo pun dia akan kejut minta nak ke toilet. Syukur la, Eidil tak de masalah sangat nak toilet train... 1st and 2nd day, 3 jam without diapers. And 3rd day, bbstr nya berjaya biarkan without diaper... Dan sebagai hadiah... "yey², Eidil ada spender macam Amanda...." alamak, sapa yang ajar word "spender" nih... Maybe senang sebab kid sebaya Eidil kat umah tu (Amanda dan Lohan) dah diapers free gak since 3 weeks ago...