 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
By: Wada Musa
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 24-Jul-2009 09:27 |
Email | Share | Bookmark |
|
Tentang Bibik
|
 |
|
Urusan Kami di Imigresen Putrajaya
|
|
 |
|
Sempat lagi okeh
|
|
|
Dah 2 bulan lebey anak-anak tak duduk dengan babysitter. Tak tahu nak gambar macam mana perasaan aku saat peluk and ucap tq kat bs sebab jaga anak-anak aku dengan penuh kasih sayang selama ni. Alhamdulillah, aku rasa inilah bs terbaik setakat ni. Walaupun ada beberapa benda yang tak kena ngan aku, tapi aku tetap terhutang budi dengannya sekeluarga kerana menjaga amanah itu. Sampai saat akhirpun susah kami nak pisahkan anak-anak dengannya. Budi baik tu takkan kami sekeluarga lupakan sampai bila-bila pun.
Pertengahan jun, datanglah pembantu kami. Inilah kali pertama pengalaman ada helper. Aku rasa, separuh dari tanggung jawab aku dah ringan. Bukan aku sengaja suka² nak ambil pembantu, tapi tu satu keperluan, persediaan untuk aku menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga. Bila perut makin besar, aku sorang, mmg tak mampu nak uruskan semua hal rumah. Aku frust sangat bila kali pertama aku ambil helper, respond yang aku terima adalah:
“pembantu orang tu baru je lari”
“orang tu baru je halau pembantu dia sebab pukul anak”
“tak takut ke pembantu lari, anak² tinggal”
Entah manusia ni. Kalau aku suka-suka ambil, sebenarnya aku ambil je 10 orang. Apa, ingat aku tak takut ke. Ingat aku tak pk ke pasal semua tu. Tapi, alang-alang dah keluar duit beribu² izinkanlah aku pk benda yang seronok² je. Ketakutan, kerisauan tu semua biarlah aku simpan dalam hati sorang² je.
Bila helper sampai, perkara paling utama sekali aku nak buat is tebus semua masa yang aku lack sepanjang aku jadi ibu dan student. Aku nak serve husband aku untuk ganti balik masa² yang aku terpaksa tumpukan lebih pada anak². Aku boleh masak, aku boleh berborak, aku boleh tengok wayang, semuanya sama-sama. Janganlah anggap aku lepaskan tanggung jawab sepenuhnya pada helper. Anak-anak tetap utama dalam hidup aku. Cuma aku tak perlu lagi balik keje, terkejar-kejar bersilat kat dapur, nak urus anak-anak, nak urus rumah, nak buat assignment, semua nya.
Percayalah, dalam apa juga keputusan yang aku buat, aku hanya usaha, selebihnya aku tawakal pada Allah. Mungkin dah takdir aku, rezeki aku macam tu. Tapi, aku tetap doa sepanjang masa supaya keluarga aku dilindungi-Nya dari segala ancaman bahaya mahupun ujian-ujian yang besar.
Ada orang kata, ambil helper yang dah kawen, datang sini dia tak menggatal. Ambil helper yang dah tua, so senang jaga anak. Amik helper dari certain2 tempat, yang lain kuat pawang. Jangan kasi pegang telefon nanti panjang langkah. Jangan kasi berkumpul nanti jaja-jaja cerita. Ya, aku dengar. Bukan aku tak ambil endah. Aku tetap masih dalam peringkat belajar nak sesuaikan diri. Apapun, izinkanlah aku manage helper aku ikut cara aku n kepeluan keluarga aku. Aku lebih appreciate bila orang doakan semua yang baik-baik sepanjang helper duduk n bekerja dengan kami. Aku hope Allah permudahkan apa jua urusan kami.
Apapun, semuanya demi anak-anak. Andai berlaku apa-apa pada diorang, aku tak tahu nak face hidup ni macam mana. Sebab mereka adalah nadi dan sebab aku untuk terus hidup. Kalau orang lain tak tahu nak appreciate, sekurang-kurangnya anak-anak yang aku susui selama ni akan menjadi bekalan aku dunia dan akhirat. Aku rasa, semua ibu yang melahirkan akan bersama macam tu juga.
Time ni nak buat i-kad bibik
Eidil dan ibu boring dah
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|