|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 08:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy 1st birthdhay Eilmi Zikriy Zuladhha
|
|
Tanyalah, adakah aku puas melihat Eilmi membesar secepat ni? Oh, dun get enuf time okeh...Cepatnya!!! Tahu-tahu, dia dah besar. Cukup ke kasih sayang aku pada dia? Jangan kasihankan dia kerana aku mengandung lagi sewaktu usianya mencecah 10 bulan. Bukan kerana aku tak sayangkan dia. Jangan kata aku tak sayangkan anak²ku. Sedikitpun aku tak pernah abaikan dia. Aku lihat pembesarannya, sehari demi sehari.
Tahu apa yang buat aku lebih bangga? Eilmi dapat ku susukan sepenuhnya tanpa susu formula. Berapa banyaknya halangan dan ujian untuk pastikan ia berjaya. Berapa banyaknya aku terpaksa gadaikan kerisauan dan keyakinanku dengan kata-kata orang? Bolehkah aku kalungkan penghargaan yang sama buat babysitter anak²? Dia jugalah yang membantu aku lebih bersemangat dan berjaya.
Pada hari aku terpaksa feedkan dia dengan formula milk SNOW buat kali pertama, aku menangis. Menangis peluk badan kecil tu. Setakat ni aja rezekinya. Aku menangis melihat titisan² susu yang semakin lemah masuk ke corong pam apabila kandungan memasuki usia 9 minggu. Kenapa jadi macam ni? Kenapa Intan boleh susukan anaknya sampai mengandung 34 wks? Dan lahirkan anak tanpa sebarang kekurangan dan kecacatan seperti yang dirisaukan orang-orang yang lain. Dah habis usaha, dan akhirnya aku akur, Eilmi dah dapat susu secukupnya sehingga saat tu.
Aku janji, kalau ada umur aku panjang, ada rezeki, bila adik lahir nanti, Eimi boleh menyusu balik kalau dia nak. Aku dah siapkan ilmu untuk tandem nursing. Kalau tak kerana hormon HCG aku tak mampu menyokong hormon prolaktin aku, aku yakin, aku masih kuat untuk menyusukan Eilmi sewaktu kandungan ini. Namun, apakan daya...
Eilmi nak switch from direct feeding ke formula n bottle feeding, mmg kuat cabarannya. Bayangkan, waktu tido, dia tarik2 baju aku sambil menangis. Akupun menangis juga. Bila suakan FM, dia palingkan muka. Ditolaknya botol sampai tercampak. Sedihkan?Tapi alhamdulillah, makin hari, makin ok.
Last sekali masa aku cuci, sterilized dan simpan storage bottle, pump, cooler bag semua. Mmg tak terkata la kan masa simpan semua tu dalam kotak. Bermula la hidup baru untuk Eilmi. Yup, aku boleh jawab, uh, relax nya hidup tanpa perlu gegas² pegi pump susu, simpan susu, angkut bag sana sini, mintak time off bila meeting, angkut cooler box bila kena training/out station. Semua rutin tu dah tak de. Tapi sebenarnya aku lebih sukakan rutin tu, bukan sebab ego ku. Tapi kepuasan sendiri. Bukan sebab bangga diri, tapi untuk kasih sayang ku sbg ibu yang memenuhi haknya.
Dan... aku paling gembira, rutin harian itu lah yang mengheret sama beberapa colleague dan saudara2 yang sudah beranak 4 atau young mothers untuk mengikut sama amalan itu. Syukur, setidak-tidaknya, aku dah beri motivasi pada mereka dan menjadi tukang rujuk yang tak seberapanya. Cuma aku katakan pada diorang, "jangan putuskan susu anak, teruskan!!!". Walaupun tak lama, tapi, aku puas. Itulah yang dapat aku gambarkan. Hak anak yang tak boleh dinafikan.
Hari ini juga 3 Jun 2009, Eilmi masuk 1 tahun. Alhamdulillah, Eilmi membesar, sihat dan cergas. Aku selalu cubit2 daging dia. Orang kata, susu ibu tak cukup. tapi, lihatlah, anak tetap membesar... jauh lagi sebenarnya perjalanannya. Doa ibu, Eilmi akan selamat dunia dan akhirat, berada di landasan aqidah yang lurus, berjaya dan berbahagia selamanya. besar nanti, jangan lupa doakan ayah dan ibu ya...
Akhir sekali, apabila penyusuan Eilmi berhenti, aku tetap nak say tq pada those yang banyak sangat bg morale support selama ni. Suami ku tersayang, yang banyak sangat berada di sisi waktu up and down, babysitter yang sanggup sediakan susu perahan itu buat Eilmi, sahabat², sedara², doktor² yang banyak membantu, web2/portal rujukan, dan buat Swing dan Avent ku tersayang....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 08:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Semuanya Mei
|
|
Bila sebut pasal Mei, hanya teringatkan hari istimewa buat semua ibu... Emak, ibu, umi, mummy, mommy, amma, bonda, semua la... Tahun ni, tiada entry panjang lebar untuk ceritakan semua tu. Nanti tercerita benda yang sama aja.
Tahun ini juga kami sahabat2 baik gang valentino celebrate mom's day... sayang sekali gang jb tak de... Tapi tu la, masa yang diperuntukkan tak cukup... Lagipun, esok nya baru real date mom's day. Cel besday kiah gak.
Esoknya pulak, kuasa Tuhan, terserempak ngan Min. Memang Tuhan Maha Memahami. Dia tahu kita tak puas jumpa semalam. So, kita sambut mom's day sama2 okeh...
Anak², alhamdulillah semuanya okeh... yang besar kuat bercakap, yang kecik, makin la lasak nya...
Alhamdulillah, rezeki anak² melimpah ruah. Hasil kerja keras dan pengorbanan² selama ni, terbalas dengan syukur kehadratnya. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPA. Amin
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Apr-2009 03:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WE're duin well
|
|
Minggu final exam, wish me luck yeah....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 10-Apr-2009 19:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
He's 10's wif high fever and measles again...
|
|
Yup, Eilmi masuk 10 mos last 3rd of Apr. Dia mmg sangat lincah sangat. Tak tahulah, dah lah tak nak merangkak, tp memanjat nombor 1, pas tu dah sebuk nak berdiri... kalau takat nak menyusur ngejar apa2 mmg cam lipas kudung. Eilmi berat 7.6kg jek, alahai ringan sungguh la nak banding Eidil dulu. And of course still kuat bergayut hokey...
Last Monday, 6/4 aku p keje cam biasa. amik anak2 dah malam sket sebab dok nyiapkan esemen kat opis. Mak dok kalut nak ngantor minggu nih.... Tak de apa yang tak nampak tak kena pun. hepi hepi je macam biasa. Subuh kul 4 pagi dia bangun nyusu, aku peluk la macam biasa, tetiba aku leh tersentak rasa badan dia cam api membara. terus kejut zul amik thermometer... 39.2◦c!!!melompat aku, sumbat pcm ikut b****t dia. Dan pengembaraan pun bermula... hik hik hik... Aku n Zul EL. Satu hari, demam tak kebah, dia cranky je the whole day. temp pun turun naik tak stabil... sampai 2nd day, tgh tdo hit 40◦c!!! aku dah nangis sebab takut apa2 jadik. Mmg takat mandikan dia tgh malam buta tu, balut badan ngan kain basah, bogel tak berbaju, sumbat thermometer kat telinga berpuluh kali, sapu asam jawa n sumbat bullet. 2x bawa An Nur, wad pulak penuh. Tak tdo malam jua la risaukan dia, shift ngan zul...
3rd day pas balik An Nur, terus hantar umah bbstr. tgh hari dia demam panas lagi katanya. aku nak balik sangat, tp dok risau sebab dah EL 2 hari. next 2 week nak cuti lagi sebab final exam kan. Risaunya aku... nak balik tak leh, tapi dok opis x leh wat keje. Petang, amik, akak (babysitter) dah tunjuk measles kuar satu badan. Hah??? 2nd time??? Adoi, mana lak dapat???Tak de sapapun kena. No wonder demam panas gittew... Kesian tecit aku. makin tecit la dia. Bila dah kuar tu, Alhamdulillah tak de lak dia nak merengek jek. Active balik... 1st time dia kene 5 bulan lepas kot, jangkit dari orang. adoi kesiannnnn.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 01:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Percaya dan benar
|
|
Syukur alhamdulillah... ye, betul... mmg x main-main...ini kenyataan nih...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Mar-2009 08:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila usia makin bertambah
|
|
Salam semua... Lama x update kan?
Aku citer sal Eidil dulu. Yup, Eidil dah besar dan makin membersar... Satu achievement yang aku banggakan, Eidil dah survive tdo malam tanpa diaper okeh... last month beli lagi 2 pack mami poko XXL, tak luak pun.... Syukurlah. Ye la, jangan tanya macam mana dia leh jadik gitu, jangan tanya aku, macam mana hapaknya tilam2 dia (3 tilam tau), jangan tanya berapa kali dia kencing atas tilam. Tapi apapun, berbaloi dah kan. Aku hangin gak bila Zul psyco dia x kasi pakai diaper tido malam. Dan pada malam2 pertama yang basah ngan kencing dia. Lagi la haku hangin.
Ada satu kejadian Eidil kencing atas tilam. Yang ni buat aku nangis sungguh². Zul kejut aku tgh malam, kata, Eidil x de. Cuak? Takut? Risau? Semua ada, satu rumah cari, Eidil x de? Jam dah pul 2.30 pagi tahu!!! Yang ada, seluar dia basah ngan kencing depan toilet. Last sekali kami jumpa di bawah katil. Cam, ner nak citer ek? Bawah katil tu aku letak kotak2 baju lama dan comforter2... Eidil tolak kotak, masuk bawah katil, dan susun balik kotak macam tak de apa2 perubahanpun. Time tu aku menangis sebab x sangka dia akan buat macam tu. Aku tanya dia, kenapa Eidil menyorok? Dia kata, dia kencing atas tilam, takut ibu marah! Ya Allah... kesian anak aku.
Sekarang ni, bangun tdo, dengan bangga dia bgth, Eidil x kencing la....
| Quote: |
Eidil: Ibu, tolong buatkan susu milo...
Me: Tak mau, panggil ibu jelita dulu
Eidil: Tak lah, ibu bukan jelita....
Me: Kenapa Eidil kata ibu x jelita pulak?
Eidil: Jelita tu kawan Bayu!!!
Me: Bayu mana pulak?
Eidil: Yang macam kat tv tulah. Jelita tak cantik.
Me: Ibu cantik ke, Jelita cantik?
Eidil: Ibu la yang cantik....
Me: (wakakakakakak... lihat la dunia, bukan aku yang ajar dia cakap macam tu... ini semua kerana tv!!! sinetron2 indon yang dia tgk kat tv tuh!!!!) |
Eilmi.
Bila nak citer bab ni, mula la aku nak melalak lagi. Eilmi dah tak x fully minum breastmilk. Yup, cukup 9 bulan, susu drop semahu-mahunya. Setiap hari, hanya 3 botol atau 2 botol jek, dapat bekal ke umah babysitter. Hancur remuk hati aku okeh... Yelah, takat ni je la rezeki Eilmi. Aku bersyukur, walaupun 9 bulan, aku bangga dapat pastikan Eilmi dapat susu ibunya yang terbaik.
Aku masih lagi ngangkut beg sekolah berisi coolerbag, all the pumps gadget, dan hasil tuaian. Aku juga masih lagi mengepam 3x sepanjang waktu opis. walaupun sikit, tp aku masih lagi teruskan usaha. Lantaklah sapa nak cemuh, sapa tak nak sokong. Aku tetap lakukan untuk anak2 aku.
Eilmi dah merangkak sket2. malas ni budak manja ni. Tapi kuat memanjat. tahu2 dah ada atas kosi, dengan sepantas kilat mak menjerit dan mendapatkan dia. Budak kecik ni, mmg kuat gelak macam **** sumbang ok! Kemain laju merayap kalau nak buat notty. Aku rasa, Eilmi x banyak naik, beratnya. Yang naik pipi jek, sebab kuat nyusu.
Ayah dia, sampai skrg masih tak berjaya lagi pujuk Eilmi menyusu. Aku x tahu la budak kecik ni. Kalau aku g kelas, 6 jam, 6 jam la tak nak nyusu. Ngan bbstr sampai x cukup2 susu. hish hish hish.
Aku pulak? Aku penat, penat sangat. Aku ada anak, aku ada family, aku ada karier, aku ada exam.... Padan muka aku kan? Dah tua2 baru nak sekolah. Tapi, biarlah, lantaklah org nak kata apapun. Time aku bengang, mmg aku nak stop blaja, time aku ok, cam tak sabar2 nak abiskan PJJ aku ni. Chaiyok Wada!!! Kalau x de sapa nak sukakan hati ko, sukakan la hati sendiri okeh... Aku suka bila hbn aku tanya pasal study aku, aku suka dia teman aku belajar, aku suka dia amik tahu pasal exam aku, aku suka dia wish aku good luck depan aku, aku suka dia support aku, aku suka dia doakan aku, semuanyalah. Aku hope aku dapat semua tu.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Mar-2009 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Breastpump, Eidil 3 tahun 3 bulan, Eilmi 8 bulan
|
|
My breast pumps…
Pigeon Manual
Aku beli ni masa ngandung Eidil 8 bulan. Masa ni tahap pengetahuan=0. Dan this time, beli= murah... Day 5 bersalin, Eidil masuk NICU sebab jaundice, aku start guna pam ni. Sampai la 2 minggu pas salin.
Result: Bunyik kriooottt yang sangat kuat... Pas pam, muscle n urat2 semua naik... sakit... susu tak banyak sebab dah lenguh. Plus tgh malam bangun nak pam... uhhh letih la wei kalau nak bangun tdo n exercise dalam masa yang sama.
Tollyjoy Battery Operated
Beli week 2, pas bersalin. Ok la… relax je… susupun cepat penuh. Senang masuk beg. Tapi masa ni bila pam dapat 8oz rasa dah banyak gila. Sebab start 5 bulan Eidil nyusu campur FM kat nursery.Tgh hari p hantar susu kat nursery atau direct feed dia. Malam je fully BF. Lama nih berjasa. Pi meeting kat luar pun sempat la pump kat surau ke apa... Sampai 10 bulan pam. Pas tu dah tak pam dan continue bf sampai Eidil stop nyusu setahun 2 bulan. Masa ni, mmg tak de sapa yang jadik mentor pun, memandai sendiri jek. Sikit2 start la google kat internet n jumpa susuibu.com n breastfeeding.com
Komen: Senang nak assemble n dismantle. Tapi kalau salah adjust, mmg sakit la, n luka.
Avent ISIS Manual
Aku sangat suka... Amat-amat sangat sebab aku masih guna as double pump sampai skrg.kikiki... Sampai skrg. Beli bbrp ari b4 masuk keje pas Eilmi lahir. Mobile, ringan, selesa guna… Dalam keta pown leh pam. Direct feed sebelah, pump sebelah pun x de hal. Walaupun harga mahal, tp aku sangat puas hati. Dan aku dah heret dua tiga org kawan beli menda ni. Cuma kengkadang dia buat hal kalau x pasang betul atau x kena gaya. Bunyik krittt kruttttt sepanjang pam. Time nak cuci, aku mmg letih sket. Banyak benda nak bukak. And kalau terlupa nak bawa botol avent, x leh nak pam la … dia kena guna botol cap dia gak. Lagipun si kecik Eilmi tu bukannya suka nyusu guna botol avent. Guna utk storage je la. Harga RM219.
Spectra3
Aku pinjam dari kawan baik. Untuk aku , org yang kena buat semua benda cepat2, dan terpaksa ke sana sini utk kerja, meeting dan out station, mungkin tak berapa nak practical sangat. Plus sampai ari ni aku still tak dapat rentak nak guna nya. Sebab tu aku lagi suka pakai avent tu. Tapi aku guna as double pumping kat opis. Sebelah avent, sebelah spectra 3... Bunyik dia smooth je. Single sucking rhytm. Jenuh aku nunggu. Orang lain yang terror ok je kan. Kalau weekend nak bawa balik, aku kena bawa back pack. Sebab dia berat sket. Bab cuci suka sebab nak kena bukak valve n membrance dia je. Harga= RM360. Kalau discount dapat RM328
Medela Swing
Ringan. Senang sumbat lam bag. Ada 2 phase expression, stimulation n expression. Tapi bunyik bising sket, xceli x de la bising mana pun. Tak de la bunyik kuat cam motor kan… design syantek. Yang tak best, kat tiub selalu ada stim. Sama macam spectra3. kena jaga2 la. Single pump je. Aku pun suka yang ni sebab aku leh pump dalam masa yang kejap je. Leh guna botol medela n storage bottle mlo. Tp elok2 kalau salah attach, susu leh masuk lam tube.
Dia electric n battery operated. Kalau bawa out station senang nak urus, kena spare bateri AA 4 ketul. Nak dismantle pun senang, x banyak part. Dalam keta pun aku leh pump gak hands free style. Sama ada guna pumpin pal atau cara lagi mudah guna getah jek.
My advice, beli pump, ikut usage kita, jgn dok excited sangat nak beli medela free style, tp akhirnya hangat2 yark chicken...kikiki. biar alah membeli menang memakai. Tgk style keje kita macam mana.
i) Work station = cubicle/bilik/kaunter
ii) Jenis out station/tak
iii) Jenis travel g sana sini/tak
iv) Ada masa allocate utk pump/tak
v) Jenis fully bf/tak
vi) Stok lumayan/tak
vii) Ada masalah production drop/tak
Ye la, kot kita beriya2 kan. Bila org tanya, hai, banyak nya spend duit utk breastpump and on the go set???? Bagi aku, buat sst tu dengan kemampuan dan iltizam. X semua yg bersungguh² nak spend masa/duit utk semua ni kan. Cuma jangan sampai tahap membazir. Apart of it, compare la harga susu tepung yang sepatutnya dilabur utk anak selama bersalin ni, dengan harga equipment2 ni.... Adakah ia membantu?
| Quote: | Ok cerita anak² pulak.
Eidil= Dah start belajar diaperless @ nite. Hm, keputusannya masih kurang memberangsangkan. Walaupun dah setahun dia diapersless siang hari. Tapi ada juga sehari dua yang dia berjaya. Selebihnya, tilam dia, dah tak seharum dulu okeh.... (Hihihi... kita kekecik dulu pun, sampai sekolah pun kencing malam gak...hahahah... apa nak kata?). Budak ni, skrg ni dia nyer fav cartoon Conan la... Haahah... Conan tu dulu mak dia yg tgk. Mainan, still ngan train, tractor... Satu pasal Eidil kalau pegi hypermarket, beli barang dapo. Suka suki dia je nak tu nak ni masuk lam trolly. Dia tak tahu ke ayah dia nak kena spend 300++ utk semua tu sekali belanja...ish ish ish... nnt sampai kaunter siap2 la dah bisik kat hb, ketepikan barang2 yg x perlu tu...hehehe... bab pakai seatbelt, ok, Alhamdulillah. Tq la iklan atok cina masa CNY ari tu, suh bebudak pakai seat belt kan. Tp ada gak angin nya kalau dia dah tak nak tu. Anak aku nih laser tau sekarang ni... Jangan la kalau dia panggil, kita buat dek jek. Mesti dia kena kan...
"Ayah tak jawab pun Eidil panggil?"
Hahahah ibu gelak kan je ye... Tu ayat kopi pes ibu la tu kan...
Tak pun, kalau cebuk dia, mesti dia concern...
"haaaa...ibu tak basuh tangan yerrrrrrr???"
Eilmi pulak= hm, la ni tgh selsema. Aku notice tiap kali ada progress, mesti dia akan selsema. Seb baik x demam sekali. Eilmi dah pandai duduk without support, tp salah pusing, bedebuk gak, cium/tanduk lantai. Dah start dah nak memanjat2. Ari tu aku bio kan aja dia panjat katil umah kak ngah, tak tinggi la sebab dia pun masa tu dok kat tilam yang leh sorong masuk bawah katil 2 decker tu, tp amazingly, berjaya. Perghh dia nye bising mulut, sore dah la besar... bab makan, minum, tak de masalah. Sumbat aja.
Me? hehehe... yes, Eilmi masih lagi fully breast milk time aku keje n fully breastfeed malam. Huhuhu gagah x gagah la dibuatnya ye. Now ni dalam fridge pun tinggal less than 8-10 bottles jek... haru seharu harunya. Aku pun dah start amik motillium and maxolon. Nnt next entry aku citer la pasal 2 ubat ni ye. And yes, aku masih lagi sandang back pack n cooler bag, pump segala bagai ke hulu ke hilir, even kalau ada meeting/ taklimat kat HQ pun aku hangkut gak. Kelas? Hehehe aku pump kui 10 ngan kui 2... kat mana? Toilet boleh, surau pun ok. Sempat? Of coz sempat... Murahkan rezeki anak² ku Ya Allah, amin.... |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Jan-2009 03:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Breastfeeding In Public
|
|
Entry kali ni, tak de apa nak highlight. Aku just nak share pasal breastfeeding baby in public.
Aku n family, bab hanging out dah jadi lumrah. Eidil n Eilmi, ok je, so far. Dan tak kira tempat, Eilmi akan minta susu. Mula-mula dulu, aku bawa juga stock susu dalam bag atau bpump. tapi sekarang, aku just bawa sama ada shawl, nursing cover paling x pun selimut. Sori la even depan ayah sendiripun aku segan ye... Selagi aurat masih bertutup dan tidak menampakkan body part kita, Insya Allah, aku sudah sangat berkeyakinan bawa Eilmi keluar in public n menyusu. Aku sedar Breastfeeding in public tends to be controversial.Ada gak, mak2 modern dan berpendidikan zaman ni yang menolak bf in public ni. Yang tu, tepuk dada tanya la hati sendiri.
Dalam Perjalanan
Selalunya b4 turun dari kereta, aku akan susukan dia puas2. tapi si kecik Eilmi ni, suka nyusu main2 especially kalau dengar bising2 dalam keta. sebuk je nak toleh sana sini.
Shopping Complex
Aku suka pegi tempat yang ada kemudahan baby room. So far tempat2 favourite aku Jusco, Sunway Piramid, Sogo, Alamanda, Mines semuanya ada baby room. By the time Eilmi menjerit, aku pun terus lari kendong dia ke baby room. Aku hope semua shopping Complex akan bersifat baby friendly juga bagi mudahkan bf mom n anak2 nak take refreshment kat sini.
Of coz tak semua tempat ada baby room kan. Cthnya kalau p cari baju raya kat kompleks PKNS Shah Alam. Sama ada mmg tak de atau aku tak jumpa, tp aku dah tanya, mmg tak de. Dapatkan la surau. Insya Allah so far, muslimat2 dalam surau tu semua ok n faham, in fact datang ngadap lagi. Tanya tu ini...
Kalau la semua facilities ni tak de... dan aku dah ada pengalaman pun bbrp kali.. Dapatkan apa2 kain yang lebar macam shawl, tudung labuh, baby sling, tak pun selimut baby. Ni plg senang. hanya perlukan tempat duduk aja. cover la kain2 dan benarkan pengudaraan agar baby tak lemas dalam cover tu. Husband kena la cover kat memana if ada part2 yang agak2 boleh terdedah. Leh kursus ngan laki ku la bab ni... heheheh... Kat sini, penting la kalau mak2 boleh pakai inner tube atau cardigan supaya leh cover badan if kita angkat baju.Lagipun skrg ni banyak baju yang seswai utk bf mom. Saya advice dapatkan dulu pandangan hb sama ada dia kisah atau x nak nyusu in public.
Aku happy bila dan dimana aja kami berjalan, Eilmi tetap masih dapat menyusu. Teknik pegang, yang tu mmg kena by practice. Kat rumah tu, mak2 boleh la berlatih2 depan cermin, so that, kita boleh nampak, part mana yang paling berpotensi utk terdedah time nursing anak.
Ada la bbrp bulan lepas we all bawa 2E ke Aquaria KLCC. Tiba2 Eilmi dah merengek nak susu. Yang ada selimut Eilmi. heheheheh...senyum je la... kasi pakai, sematkan ngan pin..... dan duduk kat sofa n.... eilmi kenyang... actually, keluar aquaria ada surau, tp, paham2 je la kan bila anak2 dah meraung... heheheh... We all kat Kajang Metro. Sebuk cari baju2 raya... Kuar duit, rembat shawl satu, pinjam kusi amoi kat booth tepi escelator, dan duduk la susu Eilmi.
Ada gak sekali kat KLCC masuk je Isetan tu, Eilmi nangis cam apa, aku lak sebuk usha handbag, seb baik skrg lam Isetan banyak sofa, kasi duduk la kan... Yang penting aku rasa, time2 kritikal cam tu, otak kena pk banyak alternatif la dan kena cepat... Sorry, aku mmg tak berapa gemar nak nengok ada mak2 yang kurang amik tahu pasal nyusu sampai nampak aurat nih... selamber dek je show b kat org2 sekeliling.
So far, aku masih selesa begini...
| Quote: |
Budak Sekolah
Aku start register masuk sekolah balik Jumaat nih kat UPM. Kena la work up lagi utk stock susu anak. Aku doa Allah permudahkan walau apapun dugaan dan ujian selama aku jadik budak sekolah ni... Aku kena kuat semangat utk 3-4 tahun ke hadapan demi suami terchenta dan anak2 ku... Banyak kena korbankan, dan aku still harapkan suami aku sokong aku sepenuh hatinya, tak belah bagi.. Tanpa dia, aku takkan dapat teruskan semua ni... Semua ni utk mereka yang aku sayangi
Us wif lots of luv
Love me forever |
Eilmi dah 7 bulan dan berat dah masuk 7.4kg
Ibu dan Eilmi
Ayah n anak²
Eidil 3 tahun 2 bulan dan berat 20kg (har har har.... patah pinggang ibu)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
to kalio,
here's specially for you... hope kt jumpa lagi bila ko maghi putrajaya k....
and special wish to licha n monica tersayang...
epi nu yer.... have a great one k.... rindu kat kitak semua. mamaneh (iboh manas ya)...
*eilmi n eidil wif mummy licha when her last visit to putrajaya somewhere in december
*xmas celeb in kuching 2008
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Dec-2008 14:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Eilmi's 6th Mos, Eidil 37 mos
|
|
what's so special? anak2 dah meningkat lagi kesebulan yang seterusnya, syukur alhamdulillah.
Eilmi 3/12/2008
Boleh tak both ayah n ibu forgot about his 6th blissful month. He's doing well, tp bulan ni, bujang kecik aku ni banyak lak ragam dia. Beralih bulan kali ni mencabar sungguh, tak tahu xceli apa masalahnya... cranky2 all the time. jangan la sesapa tak de depan mata dia. menjeritlah sekuat jiwa dan raga.
Progress: kalau nak compare budak ber2 ni mmg tak sama punya. adik bulan ni, mmg rolling2 sana sini....
----->ok ni utk bonus entry kali ni
cuba perhati gambar kat atas. yang kiri Eilmi, yang kanan Eidil... Apa nampak perbezaan??? hahahahah....bab kaler of coz la Eidil lg putih, n berat memasing time ni, Eidil gak yang lead... tp iras??? sama kan...
Eidil 14/12/2008
Hm, Eidil suka tgk tv...dia leh hidup ngan tv je. bangun tdo tv, nak tdo pun tv... semua benda yang dia tgk dia akan ingat...bila ada character2 cartoon yang dia sebut, aku lak yang pening. kena la clarify which cartoon la kan. tp bahaya, bab2 kalau ada yg 18sx ke terkeluar kat astro (aku nak saman astro ni, nak keluarkan citer2 gini) aku dah start ajar dia tutup mata ngan tangan... bila tutup mata tu, aku kena bg tahu, tunggu2, jangan buka dulu...
dia dah start citer sal school. kenapa dia tak masuk school umo 4 tahun, aku pun tak tahu nak jawab. rasanya macam awal lagi aku nak usung dia pi play school. dia dah request taw..
"Eidil nak tadika ngan sekolah cina tau ibu...."
macam mana lak tu? lagi pun kawasan umah ni mmg sekolah cina je....
* masa ni cuti besday sultan selangor...aku spend masa ngan eidil...ngan kakak2 busyuk n beng dia.... nak tgk madagascar, tp kena tunggu lagi 3 jam, terpaksa la tgk cicakman2...tu pon 1/2 way dia dah zzzzz.... memula tu dia menangis kenapa madagascar tak keluar lagi...letih la aku memujuk dia wei...
| Quote: |
ON EILMI'S FULLY BF
Alhamdulillah, 6 bulan exclusively bf... apa citer pas balik BTN? susu drop ke tahap maksimum. dalam peti ais langsung tak de stock. sedih kan. macam mana nak susu kan eilmi ni? aku just doa ari2 agar Allah murahkan rezeki anak2 aku. eilmi nyusu dah 5oz per session. mana aku nak cari 5x5 =25 oz??? aku tension sangat masa ni. aku dah buat tanderm nursing, makan, minum, pam dan segala nya.... apa yang aku collect pada hari kerja itu la yang aku bawa esoknya ke umah bs.
Syukur sebab aku cuti lama ari raya haji ari tu. sabtu, ahad, isnin, selasa,,,, khamis cuti balik, sabtu dan ari ni. alhamdulillah, Allah Maha Pemurah.... aku gagahkan juga express susu time cuti ari tu... sikit aja? aku top up2 sampai jadik 1 botol.... 2 botol, 3 botol, dan ...ya, ini la yang mampu aku sediakan utk anak tersayang. tapi, bagi aku, inilah kejayaan aku melawan konflik dalaman... walaupun tak banyak, aku cukup gembira sebab aku dapat prepare utk 4 hari bekerja...
itupun, bila aku terpaksa tdo pukul 12 lebih, dan bangun tepat jam 6, terus pam susu....kat opis 3x, balik opis lagi sekali. banyak yang kena korbankan esp duit. semua equipment bukan sikit duitnya ye, tp, syukur, rezeki anak2 murah. biarlah kalau sampai satu tahap nnt aku tak makan pun, demi anak2 aku harungi jua. honestly, bukan mudah nak bf anak, perkara yang plg penting buat aku adalah azam dan support dari suami ku yg terchenta. itu aja.... walaupun aku tahu dia tak senang nengok aku beli pump baru pada mula nya, tapi ketahui la, avent dan medela swing tu terlalu banyak membantu dan motivate kan aku sampai ke hari ni. aku senyum lebar bila one day dia nengok aku tgh express susu n said, "cepat penuh?..."...anyway dear, orang lain tak kan paham, melainkan suami ku sahaja. (i hope so)... |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Dec-2008 02:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A Sparkling 3rd and 32nd Birthday
|
|
Another hectic weekend... Aku kena out station lg... penat wehhhh...me, zul and anak2 berkampung kat ayer keroh for 3+1 days... Gue ada workshop utk kualiti okehhhh...penat... bulan ni ntah berapa ari je duk umah... what to do, keje kan... Plan nak celebrate Eidil's 3rd besday pun hancusssss.... We're suppose balik awal, tp disebabkan semua org flat n zul tak sihat, we all tukar plan. Tapi Alhamdulillah, dapat gak pekena ikan bakar kat Serkam n jalan2 ngan anak2... yummi sangat kan.
Anyway, semalam, my hb reach 32nd okeh...eh tuo dah ke tu...tak ah...mentain je bang kan... cuma rambut je dah ada yang putih2 tu I leh lagi cabut2...hahahah... i wish i could give u all the happiness u want... menjadi suami dan ayah yang HEBAT.... bahagia dunia akhirat...
Dan disebabkan no celebration utk Eidil, aku buat double candle-blow-ceremony anak n bapak... of coz, he was the "happiest" among all of us... Walaupun tak jadi p cel kat Chili's sebab semua org dah kepenatan, sekurang2nya, dapat gak makan kek bersama kan... yummi yummi.
| Quote: | special dedication to anna:
tq so so much sebab happy kan semua org ngan cuppies tuh. Mr MU n Mr Thomas sangat sewonok okeh... Dia seronok gak sebab kebetulan futsal ball dia pown kaler merah... |
*sekitar hari kejadian
*gang2 FC lain, sila jeleskan MU's logo nih yek...
*ni la dia besday boy
*cermin mata Eidil, cepatttttt....
*ok blow the candles
*adik yang tak mengerti
|
|
|
|
|